Friday 25 November 2011

Janda Nyam Nyam

Tugas seorang isteri mengikut agama amat mudah...sebenarnya. Isteri kena pastikan suami mampu carik nafkah untuk keluarga dan isteri kena jaga dan didik anak-anak.


Tugas suami pulak?


Tugas suami adalah semua benda yang isteri tak kena buat termasuklah apa-apa saja benda yang masyarakat Melayu kata "isteri punya kerja" yakni basuh baju,lipat baju,kemas rumah,sapu sampah,buang sampah dan apa2 lagi kerja lain yang orang2 tua kita kata "anak dara kena tau."


Perlu diperjelaskan kat sini; Makan pakai suami...exclusively..isteri punya tanggungjawab. Sebab tu lah orang2 tua kita kata "anak dara kena tau." Tapi masyarakat kita dah skew benda tu sehinggakan semua hal rumah....jatuh dekat isteri.


Aku nak tanya..siapa orang paling kuat dalam dunia?


Mesti kau akan jawab pemenang pertandingan World Strongest Man yang mampu tarik kapal terbang menggunakan tangan. Akan ada juga yang menjawab Bruce Lee adalah orang paling kuat dalam dunia sebab badan dia adalah badan paling sesuai untuk aktiviti fizikal.


Kalau bercerita pasal orang yang paling kuat dalam dunia; kita akan kaitkan dengan aktiviti fizikal. Seolah-olah kekuatan itu adalah milik satu jantina sahaja; lelaki.


Tetapi sebenarnya, 
orang yang paling kuat dalam dunia adalah seorang perempuan yang mampu melakukan kedua-dua kerja suami dan isteri apabila dia kematian atau kehilangan suami dia kerana dia masih mempunyai anak-anak.


Sebab tu agama kita galakkan kalau nak berpoligami,kahwinilah janda atau balu. Sesiapa yang mengahwini janda atau balu yang mempunyai anak, mereka sebenarnya mengahwini orang yang paling kuat dalam dunia.


Tapi,kita,orang Melayu...mulut tak reti tutup. Bila dengar seseorang perempuan itu statusnya janda, akan ada la mulut yang kata "mesti dia gersang sebab dah tak dapat ehem-ehem....." 


Tak percaya? Googlekan "main dengan janda."


Lihatlah hasilnya.Tambah sedikit variasi kalau nak search tu; "main dengan janda anak satu," "mencari janda gersang" atau simply cari "janda." Menarik bukan hasil carian anda? Sekarang...cuba kau carik "Sex with single mom." Comparekan dengan result search "Main dengan janda" tadi. Ada berbeza tak mentaliti orang agama lain dengan orang Melayu yang agamanya Islam? 


Agama suruh bantu golongan ini sebab mereka tanggung beban dua orang atas bahu mereka sendirian tapi lebih ramai lelaki yang nak janda ni panjat duduk atas bahu mereka. Apa-apa saja yang janda buat...mesti jadi berita sensasi. Belum masuk lagi adegan stereotaip dalam drama kat TV kita. 


1. Kat kampung, ada janda hot...mesti janda tu berniaga kedai makan.
2. Perniagaan dia tu mesti laku. Sebab dia janda hot. 
3. Isteri-isteri mesti takut kalau suami selalu pegi makan situ.
4. Suami pulak mesti suka makan kat situ sebab boleh usha janda.
5. Ramai2 sanggup lepak kedai janda tu tak kira usia, tua muda semua gatal.


Tipikal gila. Drama kita adalah cermin masyarakat kita tetapi drama tidak pun menggunakan cermin itu untuk membentuk masyarakat.


Mungkin Datin-Datin yang memperjuangkan hak wanita di Malaysia boleh bantu golongan janda dan balu atau senangnya, ibu tunggal carik suami.  Suami anda pula sudah pastinya berkemampuan. Apa salahnya anda benarkan suami anda berkahwin dengan golongan wanita yang sepatutnya dibantu seperti yang dianjurkan oleh Islam?


Mungkin itu langkah permulaan untuk mengelakkan golongan janda, balu dan ibu tunggal ni dipandang serong masyarakat. Khasnya janda. Sebab kalau lelaki membaca Harian Metro setiap hari...ramai yang akan percaya...janda mesti gersang.


Dapat janda mcm Rozita Che Wan punye caghe tu hehe

Monday 21 November 2011

Selamat Berjaya Skuad MALAYSIA


Pasukan bola sepak Malaysia yg bakal berdepan dgn Indonesia lewat hari ini dijangka akan menaiki kenderaan perisai Polis Indonesia, Baracuda sebelum & selepas perlawanan.



Ini berikutan ancaman daripada penyokong-penyokong fanatik Indonesia yg dijangka akan memberi tekanan dari segi mental kpd para pemain.



Selepas selesai perlawanan, skuad negara akan terus diterbangkan dgn pesawat Air Asia meninggalkan Jakarta. Bukan kerana takut tp skuad negara perlu mendapat rehat yg secukupnya sblm perlawanan antarabangsa seterusnya.

Ditanya tentang layanan yg diterima skuad negara, SR mendapati Indonesia juga bakal berdepan situasi yg sama apabila berada di Malaysia. Skuad Indonesia akan dibawa dgn van jenazah utk ke venue nanti.



Al Fatihah Utk Skuad Indonesia

Tuesday 1 November 2011

Rompakan Nekad Premis Perniagaan



Rompakan ini sangat berani dan nekad. Tetapi jika anda sebagai mangsa, adalah diharapkan jangan melawan ataupun cuba menyelamatkan harta benda anda.

Kebanyakan barang mungkin sudah diinsuranskan dan jika premis anda dilengkapi dengan cctv maka tidak ada alasan untuk anda cuba menjadi hero. Biarkan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan dan mencari siapa si pelaku jenayah ini.

Yang paling utama ialah keselamatan nyawa anda. Jika apa-apa berlaku terhadap anda, fikirkanlah masa hadapan orang tersayang.