Wednesday 19 September 2012

Pemimpin PR Selar Tindakan @ngehkooham Bangsat

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengenai perhimpunan yang hendak diadakan Jumaat ini berhubung filem menghina Nabi Muhammad SAW, tidak sepatutnya dikeluarkan.

"Saya menasihati Pengerusi DAP Perak ini supaya tidak menyentuh lagi perkara yang berkaitan dengan agama Islam kerana boleh menyinggung perasaan umat Islam di negara ini ," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, perkara yang berkaitan dengan agama perlu dielakkan, tidak mengira pemimpin DAP atau siapa saja.

"Perkara yang menyentuh sensitiviti agama ini tidak harus dibangkitkan," ulas beliau mengulas kecaman dan kritikan terhadap mesej Twitter dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Beruas itu.

Dalam pada itu, pemimpin dua komponen PR iaitu Pas dan PKR juga menegaskan kenyataan Koo Ham dalam laman sosial Twitternya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan kini mengundang rasa marah.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, kenyataan yang dikeluarkan Khoo Ham itu merupakan tindakan yang tidak rasional kerana beliau sepatutnya menyedari kenyataan melalui 'twitter' itu boleh menyentuh sensitiviti umat Islam negara ini.

"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang pemimpin. Saya percaya setiap agama tidak mengajar penganutnya untuk menghina agama lain," tegasnya.

Penyiaran filem 'Innocence of Muslims' menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW berikutan motif filem tersebut jelas menghina agama Islam.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, beliau percaya yang rakyat negara ini harus berpadu tenaga tanpa mengira agama bagi menolak penyebaran filem sedemikian.

"Justeru itu, saya cukup tidak bersetuju apabila pemimpin DAP sanggup mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Islam ini. Kita sepatutnya sepakat dalam isu ini, bukan menghina agama lain," ulasnya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, kenyataan Khoo Ham merupakan tindakan yang tidak wajar.

Tambah beliau, semangat untuk menghalang filem ini daripada terus ditayangkan harus dimainkan oleh semua pihak tanpa mengira agama dan latar belakang politik.

"Tidak kiralah Pas, Umno, DAP atau PKR sekalipun, semangat itu yang paling penting," tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

Saturday 1 September 2012

Misteri Jalur Gemilang Dijumpai Bersama Puak Pemberontak #Merdeka55

Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam. Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam.

Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.

Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Prom-in memberitahu tindakan memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu bertujuan menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan mencipta ketegangan dengan Malaysia. Beliau meminta supaya kerajaan bertindak tegas sambil menyatakan serangan tersebut tidak memberi kesan terhadap hubungan di antara Bangkok dan Kuala Lumpur.

Masih tidak jelas kenapa bendera Malaysia dinaikkan oleh kumpulan pemberontak itu. Bendera tersebut dipasang di sepanjang jalan, tiang elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla. Para penganalisis menyatakan militan mahukan sebuah negara yang merdeka, tetapi tidak pernah menunjukkan minat mahu menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Penyelidik kanan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York, Sunai Phasuk mengakui bahawa motif pemberontak menaikkan bendera Malaysia masih misteri.

Kumpulan pemisah dikatakan mula muncul sejak Januari 2004. Sejak itu, seramai 5,206 terbunuh dan 9,137 lagi cedera dalam banyak siri serangan.