Thursday, 28 June 2012

Anwar Israel & Taukey Lumba Kuda

SEINGAT-INGAT penulis, nama Zaliah Zakaria ini tidak terpacul dimana-mana sepanjang siasatan berkaitan wang RM 3 billion yang dikatakan berada dibawah kawalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung . Tapi itu logik kerana terlalu banyak nama yang naik (majoriti nama usahawan Cina), sudah tentu sukar nak ditentukan individu mana satu yang penting untuk dijadikan isu pada ketika itu.

Bagaimanapun, yang menarik ialah pengakuan dan penafian Zaliah Zakaria baru-baru ini setelah gambar dan kaitan dirinya dengan Anwar didedahkan Ummi Hafilda dan media.

Pengakuan: Tentang dirinya yang memiliki aset bernilai ratusan juta ringgit hasil dari perniagaan lumba kuda (sebut judi), simpanan dalam bank bernilai RM 26 juta, cukai pendapatan RM 50 juta, rumah RM 3.6 juta dan lain-lain yang juta-juta juga nilainya. Ingat, ini yang didedahkan, yang tidak didedahkan itu wallahualam. Lagipun seperti pengakuannya, dia pernah tingaal di Dubai, konon nak melupakan kisah kematian anak lelaki dan seperti yang kita tahu kos kehidupan di Dubai bukan murah.

Maknanya disitu, dalam pada asetnya dirampas dan sebagainya, masih lagi mampu menjalani kehidupan di luar negara.

Penafian: Yang dia mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi, tapi mengaku mengenali rapat isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengakuan dan penafian itu memang menarik kerana ia timbul dikala ribut-ribut mengenai isu Anwar mengawal wang sebesar RM 3 billion sedang hebat diperkatakan. Sukar nak menafikan kaitan Zaliah dengan Anwar walaupun tuan punya badan menafikan dirinya mengenali pemimpin utama Pakatan Rakyat itu. Lagipun, biasalah, orang dah buang air besar tengah jalan, siapa yang nak mengaku ye tak.

Kenapa pula kita tak mahu percaya Zaliah ada berkaitan dengan Anwar dalam soal wang berbilion ringgit ini? Kalau Anwar boleh mengaitkan dan mahu rakyat percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan Altantunya walaupun buktinya tidak ada langsung, kenapa kita tak boleh mengaitkan Anwar dengan Zaliah, lebih lagi bila Zaliah sendiri terbukti mempunyai harta bernilai ratusan disamping mengaku mengenali dan rapat dengan isteri Anwar, Wan Azizah?

Dan, mengenali sikap Anwar itu sendiri, adalah satu keajaiban yang sangat besar kalau dia mengaku terlibat dalam hal-hal seumpama ini. Kalau tidak boleh mengelak sangat pun, dia akan mengaitkan orang lain sebagai punca. Lihat saja dalam kes liwat dengan Saiful, pembantu dia sendiri lantik, air mani dalam dubor dia sendiri punya tapi siapa yang dia tuduh terlibat – UMNO!!!

Isu ini besar sebab modal Anwar untuk menawan hati rakyat menyokongnya ialah dengan menggambarkan dirinya sebagai pemimpin Islam, berjiwa rakyat, marhaen dan sebagainya. Alih-alih pecah lubang bahawa dia ada kaitan dengan jutawan (kini bekas jutawan) yang antara punca kekayaaannya ialah perniagaan dalam kelab lumba kuda (sebut judi).

Dari Pulau Pinang pulak tu (negeri asal Anwar).

Kalau tuduhan dan dakwaan yang asalnya dibuat oleh Ummi Hafilda ini tidak benar, kenapa sampai sekarang Anwar cukup takut untuk membuat laporan polis terhadap perempuan yang satu ini. Itu sahaja menceritakan kepada kita bahawa dakwaan itu sememangnya benar.

Penulis sebenarnya insaf bahawa Allah swt sayangkan rakyat Malaysia terutama orang melayu yang 99.99% darinya beragama Islam di negara ini. Sebab itu sikit-sikit mengenai Anwar Ibrahim yang sebenarnya terdedah kepada masyarakat di negara ini untuk kita menilai.

Post Guna BlackBerry® Je

Monday, 25 June 2012

SPRM Siasat Keluarga Faekah Husin

Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).  Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.  Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato' Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.  Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.  Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.  Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.  Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.   Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?  Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?  Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.  Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi. 

Jambatan Pulau Pinang II, Projek Siapa?

Jambatan kedua Pulau Pinang akan menjadi yang terpanjang di dunia selain yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa, kata Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri.

Beliau berkata produk penahan gempa tersebut dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi

HRDB itu adalah produk yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom, sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Beliau berkata produk itu yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara dipasang pada setiap dek jambatan itu adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.


Jambatan kedua tersebut berharga RM4.5 bilion sejauh 23.5 km dengan 16.9km struktur marin dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd mulai tahun 2008 dijangka siap sepenuhnya pada September 2013.

Sehingga ke hari ini kerja pembinaan jambatan telah 79.5 peratus siap dan pihaknya menyasarkan struktur jambatan dapat disiapkan pada akhir bulan Mac 2013.

 

Kawasan R&R itu dibina di Batu Kawan dan tidak di atas jambatan seperti mulanya dirancang kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, selain membabitkan ciri-ciri keselamatan pengguna

"Banyak pihak terutamanya yang berkaitan keselamatan membantah pembinaan R&R di atas jambatan kerana selain isu keselamatan ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas,"SINAR

 

Saya nak tanya satu soalan mudah. Tiadakah signboard projek yang ada tertera -
Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional ?

Sumber : Din Turtle

Friday, 22 June 2012

Setpol Ada Hubungan Dengan MB Selangor


Berdasarkan kajian, rakyat tidak terlalu menekankan janji berupa habuan wang ringgit tetapi menuntut pentadbiran telus, efisien dan bertanggungjawab - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 27 Mac 2012 - malaysiakini

Pihak yang tertekan sejak Pakatan Rakyat menerajui negeri tersebut dan mereka adalah kroni dan suku sakat Umno-BN.  Golongan tersebut telah mengaut kekayaan menerusi pemberian projek secara terus, menjadi orang tengah dan para  pelobi - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 24 September 2011 - malaysiakini 

Prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarangpenyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 18 Januari 2011 - malaysiakini

Rakyat sebenarnya tidak peduli dengan sandiwara politik ini. Bagi rakyat, apa yang lebih penting ialah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang mengamalkan rasuah dan sejauh mana kesungguhan parti itu menangani masalah rasuah. Kesilapan yang dilakukan oleh Umno dan BN tidak akan diulangi oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana kami tidak akan sesekali memandang rendah kebijaksanaan rakyat membuat penilaian dan pilihan - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 9 Disember 2010 - malaysiakini

Rakyat tetap akan menghukum mereka kerana selama 50 tahun, pemimpin-pemimpin Umno bukan saja mengamalkan rasuah malah gagal mentadbir  Selangor secara bijak, cuai dan tidak telus. - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor ,  9 Disember 2010 - malaysiakini

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat. Pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat. Justeru, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin Umno-BN. Sebab sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 28 Mac 2012 - selangorku

Beliau mendabik dada kononnya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat tetapi membiarkan pembaziran dan salah guna kuasayang berlaku di bawah portfolio pertaniannya,cakap tak serupa bikin - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 28 Januari 2012 - selangorku

Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 16 Januari 2012 - selangorku 

Inilah sikap jijik pemimpin UMNO yang tidak pernah mengaku salah sebaliknya menuding jari kepada orang lain. Perdana Menteri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 15 Mac 2012 - selangorku

Baca lagi di sini.

Thursday, 21 June 2012

Agenda Mesyuarat Pakatan Terbocor




Nampaknya, draf manifesto PR yang dibentangkan oleh Rafizi minggu lepas sudah mendapat keizinan kepimpinan untuk dihebahkan. Masih ada beberapa butiran yang sedang dalam kajian lanjut, tetapi beberapa points asas sudah diterima pada ‘dasarnya’ oleh PAS dan DAP. PAS memang tidak pernah mempunyai idea baru. Sekadar menumpang dan menganggap inilah satu usaha kerjasama dalam PR.


Beberapa points lain masih dalam perbincangan. Masih belum ada keputusan. Namun begitu, PKR di peringkat Negeri dibenarkan untuk mengumumkan manifesto sendiri. Inilah yang mendatangkan pening sesetengah pemimpin di bawah. PKR NS sudahpun mengumumkan manifesto sendiri. Yang jadi masalahnya, DAP NS tidak sama sekali dibawa berbincang mengenai manifesto tersebut. Kes naya. PKR nak ‘bulldoze’ sahaja manifesto?

Antara yang dibincangkan di Johor:-

1. Caruman Wanita Nasional

- setiap isteri layak menerima caruman seperti SOCSO dan KWSP. Kerajaan akan membuka akaun khas untuk semua isteri dan mencarum RM50 setiap bulan. Suami diminta mencarum mengikut kemampuan. Usaha ini memang strategik untuk memenangi hati wanita. Tapi belum tentu mampu dilaksanakan secara memyeluruh. Kita ambil contoh di Selangor sahaja, sebelum ini dijanjikan ELAUN KHAS wanita kepada semua surirumah. RM1,500 kalau tidak silap – setahun. Berapa ramai wanita di Selangor yang dah dapat elaun khas ini?
- Caruman Wanita Nasional ini memang cadangan Anwar. DAP tidak berapa bersetuju – namun ianya telah diangkat sebagai manifesto PR di Johor Baru. Makna kata, Anwar akan menggunakan kuasa VETO nya bagi melaksanakan cadangan ini.

2. Menyediakan 1 juta peluang pekerjaan

- Mengurangkan buruh asing dalam 3 tahun pemerintahan. PR akan berdepan dengan bantahan yang menggila daripada towkay dan pemilik industri. Ini cadangan yang sedap diperkatakan di atas kertas – namun akan mendapat TENTANGAN yang hebat.
- Tak terlawan 3.3 juta peluang pekerjaan yang dijanjikan di bawah ETP yang diusahakan oleh kerajaan. Pelan yang dikemukakan oleh Najib nampak lebih ‘real’ dan mampu dilaksanakan; lengkap dengan key economic areas. Anwar? Setakat cakap lepas.

3. Menyediakan 7 juta tenaga kemahiran

- Kalau setakat UNISEL pun sudah berpeluh untuk menguruskannya; apa jaminan 7 juta peluang ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan? Apakah perlu bantuan PTPTN kepada pembangunan tenaga kemahiran ini? Apa kaedah dan penekanan?

4. Harga minyak diturunkan

- ini janji lama. Tak ada pembaikan. Patut Anwar umum turunkan harga sebanyak RM1. Baru ada ‘traction’!

5. Menurunkan caj elektrik

- Anwar menyalahkan IPP lagi. Rakyat perlu tahu, bahawa kontrak IPP yang ada sekarang adalah produk kepimpinan Anwar di Kementerian Kewangan. Anwarlah yang mengaut segala keuntungan daripada projek ‘National Grid’. Kita semua kena tahu fakta itu. Malahan, kami yang bergerak di zaman reformasi juga dibayar dengan kekayaan IPP ini.

6. Dasar Automotif Negara

- Menurunkan harga kereta. Apakah dengan tindakan ini Anwar akan MENGUBURKAN Proton dan Perodua? Anwar melaksanakan dasar ini kerana mahu menunjukkan dendam kepada usaha Tun Mahathir. Anwar mahu PROTON melingkup, supaya dia mempunyai bullet untuk menyerang Tun lagi.

7. PTPTN Dimansuhkan

- Cakap tak serupa bikin. UNISEL yang disergah dengan pemansuhan PTPTN (hampir sahaja melingkup). Khalid Ibrahim sendiri mengarahkan UNISEL membuat RAYUAN kepada Kerajaan Persekutuan. Sebab? PTPTN masih relevan dan diperlukan.

Sebagai penggerak reformasi pada suatu ketika, kami masih beranggapan bahawa semua janji ini adalah platform Anwar mendapatkan kuasa. Anwar mahu menjanjikan segalanya bagi memastikan dia mendapat tempat ke Putrajaya. Minta maaf cakap, kalangan pimpinan PKR sendiri tak yakin mereka boleh melaksana segala janji yang dikemukakan oleh Anwar ini.

Bagaimana dengan manifesto Negara Berkebajikan PAS? Katanya, Anwar mahu PAS tarik balik semua manifesto yang sudah dicetak. Betul ka Pak Sheikh?

Sumber: Gelagat Anwar

Monday, 18 June 2012

Ulama Antarabangsa (bukan Ulama Politk) Sokong Kerajaan Malaysia

HIMPUNAN Fiqh Mentaati Pemimpin yang sedang berlangsung di PWTC sekarang sebenarnya bukan setakat himpunan biasa, ia adalah satu perhimpunan yang mengumpulkajn tokoh-tokoh ilmuwan dan cendekiawan Islam dari serata dunia membincangkan tentang ketaatan kepada pemimpin.

Taat kepada yang makruf tapi menentang kepada yang mungkar, itulah isinya yang boleh disesuaikan dengan senario politik semasa.

Penulis tidak rasa orang PAS tahan walau 5 minit duduk mendengar pembentang kertas kerja.  Dalam pembentangan yang pertama, ada pulak soalan tentang kekecohan baru-baru ini yang ditimbulkan PAS dengan mengarahkan ahli partinya menangguhkan ibadah haji tahun ini demi untuk mengundi dalam pilihanraya dan bagi jentera parti, persiapan parti itu menghadapi pilihanraya.

Menurut Mantan Timbalan Syeikhul Azhar Mesir, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, setakat seratus ribu orang pun masih lagi tidak menjejaskan proses pengundian di negara ini (itu kalau betulah 100 ribu orang yang pergi ke Mekah).

Kuota haji negara kita ditetapkan pada 1% rakyat atau 28,000 orang, lebih kurang.  Kalau pandangan Sheikh Mahmoud diambil kira, pandangan PAS itu memang berlawanan dengan Islam.

Sudah tentu ada balaci PAS yang sudah teruk dirosakkan otaknya akan menyanggah pendapat itu dengan memetik kitab dan rujukan dari ulama yang entah siapa-siapa.  Tambahan pulak bila dewa hidup mereka Nik Aziz sudah endorse 'cadangan' Ketua Penerangan PAS itu.

Sengaja disebutkan 'cadangan' sebab walaupun berjawatan Ketua Penerangan, apa yang keluar dari mulut Tuan Ibrahim masih lagi dipandang sebagai mewakili pandangan peribadinya sahaja, bukan pandangan parti, walaupun hal itu hal berkenaan parti.

Pelik tapi itulah satu dari berpuluh jenis gila dalam PAS.

Pembentang yang kedua, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman lagi hebat.  Beliau yang kagum dengan negara ini turut memberikan pandangan positif mengenai Islam di negara ini.

Mau cair telinga balaci PAS mendengar pendapat beliau yang mengulas pelbagai aspek agama dan pentadbiran, termasuk hukum hudud.  Maklum di mata mereka tidak ada apa mengenai Islam di negara ini yang betul, semuanya salah belaka.

Penulis juga tertarik dengan pandangannya bahawa pihak yang menggunakan hudud untuk mendapatkan undi adalah mencari keredhaan manusia, bukan keredhaan Allah swt, sedangkan itulah (keredhaan Allah swt) itulah yang paling penting pun.

Penulis suka nak ingatkan, ini pandangan yang mewakili Universiti Al-Azhar, universiti yang menjadi kebanggaan majoriti penyokong dan pemimpin PAS, walaupun Nik Aziz dapat degree dari sebuah Universiti di India.

Malah sekarang pun, PAS masih galak merekrut lepasan Universiti Al-Azhar sebagai lapisan entah nombor berapa dalam saf kepimpinan mereka.  Maklum, dalam PAS, jawatan bermula dari Presiden sampai ke Mursyidul Am, relatifnya adalah jawatan seumur hidup.  Kena menunggu sehingga pemegang jawatan mati dulu baru boleh ada pegganti.

Maka itu penting direkrut dari muda dan lulusan Al-Azhar adalah salah satu kriteria utama.

Tapi sekarang Ulamak dari Universiti tersebut pun galak menyokong Malaysia dan pandangan kenapa hudud bukan satu keutamaan dalam masyarakat Islam.  Having said that, kita bukan menolak hudud cuma hukum ini belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana komposisi masyarakat yang berbeza.

Alah, Haji yang rukun fardhu itu pun boleh tangguh kerana undi, apatah lagi hudud yang bukan fardhu itu.