Monday 5 March 2012

Syabas Pemuda UMNO Seputeh


Suasana JOM Servis Motor Pemuda UMNO Seputeh
Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah mengadakan satu program 'Jom Servis Motosikal' di Dewan Masyarakat Seputeh pada hari Ahad, 4 March 2012. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan sebanyak 400 buah motosikal diservis.

Program telah dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Seputeh Datuk Mustapa Kamal. Datuk Mustapha menasihatkan para penduduk muda di Seputeh untuk menjaga dan menjauhkan diri dari aktiviti lumba haram yang hanya memudaratkan diri sendiri.



Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Sdr. Razlan Rafii memulakan ucapan dengan menasihatkan anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi kerana kuasa mengundi adalah sangat penting bagi orang Melayu.

Baca lagi di sini

No comments:

Post a Comment