Friday 25 November 2011

Janda Nyam Nyam

Tugas seorang isteri mengikut agama amat mudah...sebenarnya. Isteri kena pastikan suami mampu carik nafkah untuk keluarga dan isteri kena jaga dan didik anak-anak.


Tugas suami pulak?


Tugas suami adalah semua benda yang isteri tak kena buat termasuklah apa-apa saja benda yang masyarakat Melayu kata "isteri punya kerja" yakni basuh baju,lipat baju,kemas rumah,sapu sampah,buang sampah dan apa2 lagi kerja lain yang orang2 tua kita kata "anak dara kena tau."


Perlu diperjelaskan kat sini; Makan pakai suami...exclusively..isteri punya tanggungjawab. Sebab tu lah orang2 tua kita kata "anak dara kena tau." Tapi masyarakat kita dah skew benda tu sehinggakan semua hal rumah....jatuh dekat isteri.


Aku nak tanya..siapa orang paling kuat dalam dunia?


Mesti kau akan jawab pemenang pertandingan World Strongest Man yang mampu tarik kapal terbang menggunakan tangan. Akan ada juga yang menjawab Bruce Lee adalah orang paling kuat dalam dunia sebab badan dia adalah badan paling sesuai untuk aktiviti fizikal.


Kalau bercerita pasal orang yang paling kuat dalam dunia; kita akan kaitkan dengan aktiviti fizikal. Seolah-olah kekuatan itu adalah milik satu jantina sahaja; lelaki.


Tetapi sebenarnya, 
orang yang paling kuat dalam dunia adalah seorang perempuan yang mampu melakukan kedua-dua kerja suami dan isteri apabila dia kematian atau kehilangan suami dia kerana dia masih mempunyai anak-anak.


Sebab tu agama kita galakkan kalau nak berpoligami,kahwinilah janda atau balu. Sesiapa yang mengahwini janda atau balu yang mempunyai anak, mereka sebenarnya mengahwini orang yang paling kuat dalam dunia.


Tapi,kita,orang Melayu...mulut tak reti tutup. Bila dengar seseorang perempuan itu statusnya janda, akan ada la mulut yang kata "mesti dia gersang sebab dah tak dapat ehem-ehem....." 


Tak percaya? Googlekan "main dengan janda."


Lihatlah hasilnya.Tambah sedikit variasi kalau nak search tu; "main dengan janda anak satu," "mencari janda gersang" atau simply cari "janda." Menarik bukan hasil carian anda? Sekarang...cuba kau carik "Sex with single mom." Comparekan dengan result search "Main dengan janda" tadi. Ada berbeza tak mentaliti orang agama lain dengan orang Melayu yang agamanya Islam? 


Agama suruh bantu golongan ini sebab mereka tanggung beban dua orang atas bahu mereka sendirian tapi lebih ramai lelaki yang nak janda ni panjat duduk atas bahu mereka. Apa-apa saja yang janda buat...mesti jadi berita sensasi. Belum masuk lagi adegan stereotaip dalam drama kat TV kita. 


1. Kat kampung, ada janda hot...mesti janda tu berniaga kedai makan.
2. Perniagaan dia tu mesti laku. Sebab dia janda hot. 
3. Isteri-isteri mesti takut kalau suami selalu pegi makan situ.
4. Suami pulak mesti suka makan kat situ sebab boleh usha janda.
5. Ramai2 sanggup lepak kedai janda tu tak kira usia, tua muda semua gatal.


Tipikal gila. Drama kita adalah cermin masyarakat kita tetapi drama tidak pun menggunakan cermin itu untuk membentuk masyarakat.


Mungkin Datin-Datin yang memperjuangkan hak wanita di Malaysia boleh bantu golongan janda dan balu atau senangnya, ibu tunggal carik suami.  Suami anda pula sudah pastinya berkemampuan. Apa salahnya anda benarkan suami anda berkahwin dengan golongan wanita yang sepatutnya dibantu seperti yang dianjurkan oleh Islam?


Mungkin itu langkah permulaan untuk mengelakkan golongan janda, balu dan ibu tunggal ni dipandang serong masyarakat. Khasnya janda. Sebab kalau lelaki membaca Harian Metro setiap hari...ramai yang akan percaya...janda mesti gersang.


Dapat janda mcm Rozita Che Wan punye caghe tu hehe

Monday 21 November 2011

Selamat Berjaya Skuad MALAYSIA


Pasukan bola sepak Malaysia yg bakal berdepan dgn Indonesia lewat hari ini dijangka akan menaiki kenderaan perisai Polis Indonesia, Baracuda sebelum & selepas perlawanan.



Ini berikutan ancaman daripada penyokong-penyokong fanatik Indonesia yg dijangka akan memberi tekanan dari segi mental kpd para pemain.



Selepas selesai perlawanan, skuad negara akan terus diterbangkan dgn pesawat Air Asia meninggalkan Jakarta. Bukan kerana takut tp skuad negara perlu mendapat rehat yg secukupnya sblm perlawanan antarabangsa seterusnya.

Ditanya tentang layanan yg diterima skuad negara, SR mendapati Indonesia juga bakal berdepan situasi yg sama apabila berada di Malaysia. Skuad Indonesia akan dibawa dgn van jenazah utk ke venue nanti.



Al Fatihah Utk Skuad Indonesia

Tuesday 1 November 2011

Rompakan Nekad Premis Perniagaan



Rompakan ini sangat berani dan nekad. Tetapi jika anda sebagai mangsa, adalah diharapkan jangan melawan ataupun cuba menyelamatkan harta benda anda.

Kebanyakan barang mungkin sudah diinsuranskan dan jika premis anda dilengkapi dengan cctv maka tidak ada alasan untuk anda cuba menjadi hero. Biarkan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan dan mencari siapa si pelaku jenayah ini.

Yang paling utama ialah keselamatan nyawa anda. Jika apa-apa berlaku terhadap anda, fikirkanlah masa hadapan orang tersayang.

Wednesday 12 October 2011

Khidmat MyDistress PDRM

Bagi sesiapa sahaja terutama penduduk negeri Selangor hari ini boleh menggunakan aplikasi yg diberi nama MyDistress. Aplikasi ini bertujuan utk memudahkan seseorang meminta pertolongan (serius) dgn cara lebih mudah.

Aplikasi ini berfungsi jika keadaan kecemasan ketika berada di luar dan kadang kala tidak pasti lokasi tepat mereka berada. Disebabkan hal tersebut bantuan sukar diminta dan dihantar.


Para pembaca sekalian boleh terus ke laman MyDistress ini utk keterangan lanjut. Klik di sini utk capaian lebih mudah dan pantas.

Diharapkan agar program aplikasi pintar ini akan dikembangkan ke seluruh negara nanti.

Friday 7 October 2011

Alhamdulillah


Setelah saya mendengar Bajet 2012 yg telah dibentangkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak sebentar tadi, saya berasa lega dan bersyukur dengan apa yg dilakukan pihak kerajaan.

Kebanyakkan perkara yg dibentangkan kali ini sangat baik untuk rakyat khususnya. Rakyat perlu bersyukur dengan imbuhan tambahan dan pemotongan pelbagai cukai serta pelaksanaan perkara yg baik untuk rakyat semua.

Pemansuhan yuran persekolahan dan pemberian elaun RM100 untuk setiap pelajar sekolah yang berada di darjah 1 sehingga ke tingkatan 5 sedikit sebanyak telah memberi sinar kepada ibu bapa yg mempunyai anak-anak yg masih bersekolah.

Kepada penjawat dan kakitangan awam, kalian semua beruntung. Maka wajiblah bekerja bersungguh-sungguh untuk menjana ekonomi negara. Bukan semua orang beruntung dan terpilih untuk bekerja di sektor awam tetapi inilah yang dinamakan rezeki.


Maka yg harus, wajib dan patut diingat adalah JANGAN LUPA MENGUNDI BARISAN NASIONAL kerana banyak pengorbanan dan jasa mereka terhadap anda.

P/s: Saya undi......... (undi adalah rahsia)

Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin Mangkat



KUALA LUMPUR: Raja Perempuan Perak Raja Muzwin Raja Ariff Shah, balu kepada Almarhum Sultan Idris Shah II, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, semalam.
Jurucakap Istana Iskandariah berkata, bonda kepada isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah itu mangkat pada jam 4.20 petang.
Jenazah Almarhumah dibawa ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak malam tadi dan akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak selepas solat Jumaat hari ini.

Cerita Air Asia

Ini sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama para pembaca sekalian. Bukan untuk menghina ataupun cubaan menjatuhkan saham tetapi dikongsikan untuk menjadi tatapan serta panduan bersama agar di lain hari, kita bijak membuat pilihan.



On behalf of the passengers of Air Asia X flight D7 2686 from Kuala Lumpur to Incheon, Seoul on September 2, 2011, I would like to share our experience about a delay that cost us more than 10 hours and the shabby treatment that Air Asia extends to its paying customers.

The chronology of the events are as follows:

The flight, D7 2686 was initially supposed to take off at 11.00pm and reach Incheon at 6.00am the next day.

11.00pm - Captain of the flight announced a delay due to a route change which requires the plane to upload 2 tonnes of fuel. The reason given was non-approval from ATP for clearance from Ho Chi Minh to Taipei.

12.00 midnight - Captain announces another plan change, requiring the uplifting of 1 tonnes of fuel from the plane.

1.00am - The plane was waiting by the runway to take off when the Captain announced clearance from Taipei and said that he would decide in 2 or 3 minutes if he would repark the plane.

1.30am - Captain re-parked the plane at the terminal

1.50am - Passengers were told to disembark to T18 by the Captain

2.30am - After more than 3 hours stranded in the plane, the passengers were finally allowed to disembark to T18 where everyone rushed to the rest room or to purchase much needed food and drinks

3.30am - Cold croissant and cold mineral water were distributed to the passengers.

4.00am - Some of the Korean guests requested for blankets for their children. The passengers were told that the plane will take off by 5.00am

5.00am - A new announcement was made that the plane will take off by 7.30am

6.00am - Two of the passengers cancelled their tickets and left

7.00am - One of the Managers assured the passengers that the plane will take off by 7.30am. A second Manager then said that Air Asia could extend our flight to another day. But he could not qualify for food and accommodation.

7.30am - The passengers were asked to re-board the plane.

8.00am - The plane reversed out of the parking bay and was parked in another place in the middle of the airport with 2 ground crew still on board. The new crew sat in the front portion of the plane, behind the red curtain, laughing and joking

8.20am - One of the passengers, a Mr. Chew, got up from his seat to approach the crew to find out what was happening. He was told that there was no pilot and the new crew said that they had just arrived from Delhi and were only told to sit in to board us on the plane. Anoother crew member, a Mr. Narin Singh, openly said that there was no pilot and he was there to bring the plane to where it was currently parked (in the middle of the airport). When pressed for confirmation, he declined to comment. However, it was very clear that Air Asia had moved the airplane without a qualified pilot on board!

9.20am - The plane finally took off for Korea

The delaying tactics employed by Air Asia was obvious. On top of all that, the passengers were subjected to rude treatment and thuggish behaviour from the ground crew and staff of Air Asia. When a disagreement arose between two Korean ladies and the ground crew at approximately 5.30am, passenger Mr. Chew recorded the incident on his handphone, but he was subsequently threatened and browbeatened by the Air Asia security to delete the video or else his mobile phone would be confiscated.

To date, there has been no effort from Air Asia to reach out to its customers and at least make an attempt to compensate everyone for the ordeal they suffered at the hands of Air Asia. We have never received any official answer on the reason for the delay. From what we had found out verbally, someone in Air Asia forgot to ask for clearance through Taipei air space, which sparked off the whole fiasco.

I am writing this to you in the hopes that our experience on board Air Asia X flight D7 2686 will be shared with your readers. Was all these hassle and stress worth the price of a cheap ticket? My answer, and the answer of all my fellow passengers would be, a resounding No.

More than that, seeing how shabbily Air Asia treated its guests that night, how they verbally accosted the Korean passengers who were struggling to speak English, I can honestly say, I felt an emotion I had never felt in my lifetime - I was embarassed to be Malaysian because Air Asia is a Malaysian company.


Sumber : Malaysia Today


Anda sudah baca, anda nilaikan. Cuma apa yang saya boleh katakan, jangan terlalu mengharap pada yang satu, pada yang terkenal dan pada yang hebat tetapi anda masih mengharapkan pada yang lain, kurang terkenal dan kurang hebat tetapi servis yang anda dapat berkelas 5 bintang.


"..sekarang semua orang boleh terbang tetapi tidak boleh terbang BEBAS.."

Thursday 6 October 2011

Peminta Sedekah Jalanan

Susur keluar Lebuhraya DUKE - Sri Gombak

Nampaknya suatu hari nanti Malaysia akan jadi spt negara Indonesia. Di sepanjang traffic light akan dipenuhi dengan pengemis² jalanan yang hinggap dari pintu kereta ke pintu kereta yg lain. 

Menurut pemerhatian saya mendapati kebanyakan mereka ini bukan terdiri daripada rakyat Malaysia. Kemungkinan juga rakyat negara Burma, Myanmar, Pakistan ataupun rakyat negara² yg berhampiran. Pemerhatian saya juga mendapati seorang pengemis boleh mengumpul sekurang-kurangnya sekitar RM5 bagi setiap kali kereta berhenti di lampu isyarat.

Minta pihak berkuasa memantau aktiviti ini dan diharap tindakan dapat diambil agar negara tidak akan kelihatan 'kotor' dgn gejala ini. Tentu sekali para pelancong asing dan juga rakyat tidak akan merasa selesa dgn  gejala begini.

Orang ramai juga diingatkan tidak memberi apa² kpd mereka ini. Rupa mereka elok serta cukup sifat dan sihat. Mampu bekerja jika ditawarkan kerja tetapi disebabkan sifat malas, memang akan pura² sakit dan mengemis.

Cegah sebelum parah.

Tuesday 4 October 2011

Bahasa Papan Tanda Di KLIA

Baru² ini saya ke KLIA dengan menggunakan perkhidmatan KLIA Transit. Walaupun terasa sedikit hangat di dalam tren tapi tak mengapa kerana saya telah biasa dengan cuaca begini.

Apabila saya tiba di KLIA semasa hendak naik ke tingkat atas menggunakan lif, tiba² saya ternampak tanda arah yg tertulis KLIA Transit dan bahasa cina (tak dipahami sbb saya pun tak reti)


Saya bertanya pada sahabat yg menemani saya ketika itu, adakah bahasa itu dibenarkan oleh kerajaan? Bukankah sepatutnya bahasa tersebut Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.


Atau adakah ia digunakan utk tempoh waktu tertentu sahaja seperti pengumuman di KLIA menggunakan bahasa² tertentu apabila tibanya musim ketibaan pelancong yg ramai daripada China, Arab dan lain².

Mungkinkah papan tanda ini tiada kena mengena dgn pengurusan KLIA dan ianya dibawah tanggungjawab KLIA Transit ?

Bagaimanapun jika tanda arah tersebut kekal, memang saya sangat kesal sebagai warga Malaysia. Kerana di KLIA yg dibangga oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengutamakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Bahkan bukan saja di KLIA, di tempat awam yg lain juga begitu.

Andai tiada bahasa yg boleh digunakan menggantikan perkataan KLIA Transit, maka biarkanlah ia sepatah perkataan begitu. Tak perlu utk diletakkan dan ditambah bahasa cina.