Thursday 21 June 2012

Agenda Mesyuarat Pakatan Terbocor




Nampaknya, draf manifesto PR yang dibentangkan oleh Rafizi minggu lepas sudah mendapat keizinan kepimpinan untuk dihebahkan. Masih ada beberapa butiran yang sedang dalam kajian lanjut, tetapi beberapa points asas sudah diterima pada ‘dasarnya’ oleh PAS dan DAP. PAS memang tidak pernah mempunyai idea baru. Sekadar menumpang dan menganggap inilah satu usaha kerjasama dalam PR.


Beberapa points lain masih dalam perbincangan. Masih belum ada keputusan. Namun begitu, PKR di peringkat Negeri dibenarkan untuk mengumumkan manifesto sendiri. Inilah yang mendatangkan pening sesetengah pemimpin di bawah. PKR NS sudahpun mengumumkan manifesto sendiri. Yang jadi masalahnya, DAP NS tidak sama sekali dibawa berbincang mengenai manifesto tersebut. Kes naya. PKR nak ‘bulldoze’ sahaja manifesto?

Antara yang dibincangkan di Johor:-

1. Caruman Wanita Nasional

- setiap isteri layak menerima caruman seperti SOCSO dan KWSP. Kerajaan akan membuka akaun khas untuk semua isteri dan mencarum RM50 setiap bulan. Suami diminta mencarum mengikut kemampuan. Usaha ini memang strategik untuk memenangi hati wanita. Tapi belum tentu mampu dilaksanakan secara memyeluruh. Kita ambil contoh di Selangor sahaja, sebelum ini dijanjikan ELAUN KHAS wanita kepada semua surirumah. RM1,500 kalau tidak silap – setahun. Berapa ramai wanita di Selangor yang dah dapat elaun khas ini?
- Caruman Wanita Nasional ini memang cadangan Anwar. DAP tidak berapa bersetuju – namun ianya telah diangkat sebagai manifesto PR di Johor Baru. Makna kata, Anwar akan menggunakan kuasa VETO nya bagi melaksanakan cadangan ini.

2. Menyediakan 1 juta peluang pekerjaan

- Mengurangkan buruh asing dalam 3 tahun pemerintahan. PR akan berdepan dengan bantahan yang menggila daripada towkay dan pemilik industri. Ini cadangan yang sedap diperkatakan di atas kertas – namun akan mendapat TENTANGAN yang hebat.
- Tak terlawan 3.3 juta peluang pekerjaan yang dijanjikan di bawah ETP yang diusahakan oleh kerajaan. Pelan yang dikemukakan oleh Najib nampak lebih ‘real’ dan mampu dilaksanakan; lengkap dengan key economic areas. Anwar? Setakat cakap lepas.

3. Menyediakan 7 juta tenaga kemahiran

- Kalau setakat UNISEL pun sudah berpeluh untuk menguruskannya; apa jaminan 7 juta peluang ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan? Apakah perlu bantuan PTPTN kepada pembangunan tenaga kemahiran ini? Apa kaedah dan penekanan?

4. Harga minyak diturunkan

- ini janji lama. Tak ada pembaikan. Patut Anwar umum turunkan harga sebanyak RM1. Baru ada ‘traction’!

5. Menurunkan caj elektrik

- Anwar menyalahkan IPP lagi. Rakyat perlu tahu, bahawa kontrak IPP yang ada sekarang adalah produk kepimpinan Anwar di Kementerian Kewangan. Anwarlah yang mengaut segala keuntungan daripada projek ‘National Grid’. Kita semua kena tahu fakta itu. Malahan, kami yang bergerak di zaman reformasi juga dibayar dengan kekayaan IPP ini.

6. Dasar Automotif Negara

- Menurunkan harga kereta. Apakah dengan tindakan ini Anwar akan MENGUBURKAN Proton dan Perodua? Anwar melaksanakan dasar ini kerana mahu menunjukkan dendam kepada usaha Tun Mahathir. Anwar mahu PROTON melingkup, supaya dia mempunyai bullet untuk menyerang Tun lagi.

7. PTPTN Dimansuhkan

- Cakap tak serupa bikin. UNISEL yang disergah dengan pemansuhan PTPTN (hampir sahaja melingkup). Khalid Ibrahim sendiri mengarahkan UNISEL membuat RAYUAN kepada Kerajaan Persekutuan. Sebab? PTPTN masih relevan dan diperlukan.

Sebagai penggerak reformasi pada suatu ketika, kami masih beranggapan bahawa semua janji ini adalah platform Anwar mendapatkan kuasa. Anwar mahu menjanjikan segalanya bagi memastikan dia mendapat tempat ke Putrajaya. Minta maaf cakap, kalangan pimpinan PKR sendiri tak yakin mereka boleh melaksana segala janji yang dikemukakan oleh Anwar ini.

Bagaimana dengan manifesto Negara Berkebajikan PAS? Katanya, Anwar mahu PAS tarik balik semua manifesto yang sudah dicetak. Betul ka Pak Sheikh?

Sumber: Gelagat Anwar

No comments:

Post a Comment