Thursday, 6 October 2011

Peminta Sedekah Jalanan

Susur keluar Lebuhraya DUKE - Sri Gombak

Nampaknya suatu hari nanti Malaysia akan jadi spt negara Indonesia. Di sepanjang traffic light akan dipenuhi dengan pengemis² jalanan yang hinggap dari pintu kereta ke pintu kereta yg lain. 

Menurut pemerhatian saya mendapati kebanyakan mereka ini bukan terdiri daripada rakyat Malaysia. Kemungkinan juga rakyat negara Burma, Myanmar, Pakistan ataupun rakyat negara² yg berhampiran. Pemerhatian saya juga mendapati seorang pengemis boleh mengumpul sekurang-kurangnya sekitar RM5 bagi setiap kali kereta berhenti di lampu isyarat.

Minta pihak berkuasa memantau aktiviti ini dan diharap tindakan dapat diambil agar negara tidak akan kelihatan 'kotor' dgn gejala ini. Tentu sekali para pelancong asing dan juga rakyat tidak akan merasa selesa dgn  gejala begini.

Orang ramai juga diingatkan tidak memberi apa² kpd mereka ini. Rupa mereka elok serta cukup sifat dan sihat. Mampu bekerja jika ditawarkan kerja tetapi disebabkan sifat malas, memang akan pura² sakit dan mengemis.

Cegah sebelum parah.

No comments:

Post a Comment