Wednesday 19 September 2012

Pemimpin PR Selar Tindakan @ngehkooham Bangsat

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengenai perhimpunan yang hendak diadakan Jumaat ini berhubung filem menghina Nabi Muhammad SAW, tidak sepatutnya dikeluarkan.

"Saya menasihati Pengerusi DAP Perak ini supaya tidak menyentuh lagi perkara yang berkaitan dengan agama Islam kerana boleh menyinggung perasaan umat Islam di negara ini ," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, perkara yang berkaitan dengan agama perlu dielakkan, tidak mengira pemimpin DAP atau siapa saja.

"Perkara yang menyentuh sensitiviti agama ini tidak harus dibangkitkan," ulas beliau mengulas kecaman dan kritikan terhadap mesej Twitter dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Beruas itu.

Dalam pada itu, pemimpin dua komponen PR iaitu Pas dan PKR juga menegaskan kenyataan Koo Ham dalam laman sosial Twitternya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan kini mengundang rasa marah.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, kenyataan yang dikeluarkan Khoo Ham itu merupakan tindakan yang tidak rasional kerana beliau sepatutnya menyedari kenyataan melalui 'twitter' itu boleh menyentuh sensitiviti umat Islam negara ini.

"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang pemimpin. Saya percaya setiap agama tidak mengajar penganutnya untuk menghina agama lain," tegasnya.

Penyiaran filem 'Innocence of Muslims' menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW berikutan motif filem tersebut jelas menghina agama Islam.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, beliau percaya yang rakyat negara ini harus berpadu tenaga tanpa mengira agama bagi menolak penyebaran filem sedemikian.

"Justeru itu, saya cukup tidak bersetuju apabila pemimpin DAP sanggup mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Islam ini. Kita sepatutnya sepakat dalam isu ini, bukan menghina agama lain," ulasnya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, kenyataan Khoo Ham merupakan tindakan yang tidak wajar.

Tambah beliau, semangat untuk menghalang filem ini daripada terus ditayangkan harus dimainkan oleh semua pihak tanpa mengira agama dan latar belakang politik.

"Tidak kiralah Pas, Umno, DAP atau PKR sekalipun, semangat itu yang paling penting," tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

No comments:

Post a Comment