Sunday, 15 July 2012

1 Malaysia For Youth Pemangkin Semangat Kesukarelaan Golongan Muda


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim dalam temubual selama 45 minit di Radio Nasional FM pagi ini memberikan penekanan terhadap semangat kesukarelaan yang perlu hadir dalam diri individu tidak kira usia, bangsa dan agama.

Semangat kesukarelaan ini perlu dipupuk dari kecil mulai dari peringkat sekolah dan didikan keluarga manakala generasi masa kini, sifat kesukarelaan perlu mengambil contoh daripada negara-negara maju seperti Jepun dan sebagainya.

Beliau turut berkata cara pemikiran yang betul terhadap konsep dan maksud sukarelawan yang sebenar menjadi aspek utama dalam perubahan satu individu di mana daripada sifat atau sikap yang hanya mengaitkan sukarelawan dengan bencana alam seperti banjir sahaja perlu dikembang lagi kepada skop seperti membantu rumah orang tua, menanam pokok, kebersihan terhadap sampah sarap dan macam-macam lagi.

Bercakap mengenai pelancaran 1M4U atau juga disebut ‘ I am for youth ’ yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 15 Julai nanti bertempat di Esplanade KLCC di sini menunjukkan bahawa beliau sentiasa mendahulukan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat di Malaysia.

Oleh itu, satu inisiatif telah daimbil bagi bagi memperkasakan pertubuhan sukarelawan oleh Unit Kerjasama Awam dan Swasata ( UKAS) Jabatan Perdana Menteri bagi menggerakkan dan mengurus perlaksanaan aktiviti-aktiviti dan idea yang berkonsepkan kesukarelaan atau volunteerism.

Menurut Dato’ Razali lagi, gelombang kesukarelaan di negara ini mempunyai masa depan yang cerah jika semua pihak mengambil tanggungjawab untuk membudayakan semangat itu secara serius. Katanya, tenaga untuk melakukan sesuatu kerja-kerja kemasyarakatan itu percuma tetapi untuk menyediakan perkakasan atau peralatan itu memerlukan sedikit perbelanjaan. Budaya upah atau ganjaran perlu dielakkan bagi memelihara semangat kesukarelaan itu dari terus terhakis dan kian dilupakan.

Beliau juga mengajak golongan muda serta orang ramai yang tinggal di kesemua 16 lokasi yang terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan di kawasan mereka agar turut mengambil bahagian yang aktif supaya setiap aktiviti yang diadakan meninggalkan impak yang mendalam kepada penduduk setempat.

Saturday, 14 July 2012

NGO Buat Report Polis Bantah !!



 Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung hasrat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' di depan Istana Negara, esok.

Naib Presiden Badan Generasi Prihatin 3R 1Malaysia, Fidel Firaidi Mustafa, berkata laporan polis itu dibuat kerana mahu menjaga kepentingan awam dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. "Saya amat berharap supaya polis mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menghalang perhimpunan tersebut.
"Kita tidak mahu negara kita terus dicemari dengan demostrasi jalanan yang akan merosakkan nama negara dan juga FELDA," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini, hari ini.

Bendahari pertubuhan itu, Mansor Ahmad pula meminta supaya ANAK membuat kajian dulu sebelum mengadakan perhimpunan tersebut.

"Dah banyak keuntungan yang diperolehi oleh FELDA. Mengapa mereka masih tidak berpuas hati? Sepatutnya mereka perlu siasat dulu sebelum mengambil tindakan ini (adakan perhimpunan)," katanya.

MakCik Hasnah Patut Bersyukur


Walaupun ramai yang mungkin merasa simpati terhadap Che Hasnah Che Ahmad yang diceraikan oleh suaminya atas alasan berbeza fahaman politik, tetapi penulis merasakan yang beliau layak diberikan sekalung tahniah.
Penulis percaya apa yang berlaku ke atas kita adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita, hanya kita yang kadangkala kurang memahami atau menyedarinya. Apatah lagi jika mempunyai suami seperti Yahaya Ibrahim yang ternyata kurang matang, mudah terpengaruh dan taksub dengan sesebuah parti politik sehingga meletakkan politik mengatasi agama dan keluarga.
Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa penceraian adalah sesuatu yang terbaik untuk Che Hasnah kerana ternyata Yahaya Ibrahim tidak layak mendapat penghormatan sebagai seorang suami.
Sebenarnya, suami seperti Yahaya Ibrahim bersepah di Malaysia ini terutama, di kalangan penganut PAS. Sikap mereka juga amat tipikal atau stereotaip, iaitu bongkak, terutama dengan isteri dan sering memandang rendah terhadap kaum wanita. Selalunya mereka tidak berpelajaran tinggi, kalau pun mempunyai ijazah, ia hanyalah dalam bidang agama yang membataskan peluang pekerjaan mereka. Kerja mereka juga tidak menentu, ada yang menjadi Ustaz di sekolah-sekolah agama, berniaga pasar malam, membuka gerai makan atau sebagainya.
Namun, tunjang pendapatan mereka adalah selalunya isteri mereka. Di mana, walaupun mereka berniaga tetapi yang mengerahkan tulang empat kerat untuk menjayakan perniagaan tersebut adalah isteri mereka. Yang lebih ‘bijak’ di antara mereka pula, memilih untuk berkahwin dengan wanita yang mempunyai pekerjaan tetap untuk memudahkan mereka ‘mengambil cuti’ tiap kali tidak ada ‘mood’ untuk bekerja atau berniaga, atau sekadar ingin menyertai aktiviti-aktiviti politik PAS.
Justeru, sumber kewangan keluarga mereka yang sebenar adalah dari isteri.
Walaupun begitu, suami-suami ini tidak malu menuntut isteri agar menghormati mereka walhal kewujudan mereka di rumah hanyalah sebagai beban kewangan, fizikal, emosi dan psikologi kepada isteri. Pendek kata, langsung tidak berguna atau membawa kebaikan.
Lebih buruk lagi, sikap suami yang buruk itu selalunya diteladani oleh anak-anak lelaki mereka, lalu rantaian generasi tidak berguna ini pun berterusan.


Dalam kebanyakan kes sebegini yang penulis pernah temui, apabila saja mereka bercerai, hidup isteri dan anak-anak adalah lebih bahagia dan teratur. Kerana itu, penulis merasakan yang Che Hasnah layak diberikan tahniah kerana diberikan peluang menjalani hidup baru tanpa lelaki yang menyemak dan menyusahkan untuk dibela di rumah.


Benar, Islam menyuruh wanita taat kepada suami tetapi Islam juga menegaskan bahawa wanita mempunyai akal fikiran sendiri. Jika wanita dilahirkan untuk menurut kata suami membuta tuli, tentu saja Allah akan jadikan wanita itu dari golongan binatang yang tidak berakal dan bukannya manusia.


Tetapi ini tidak berlaku. Allah menjadikan wanita dengan akal yang sama, tetapi dengan gaya emosi dan pemikiran berbeza supaya dapat melengkapkan gaya pemikiran dan emosi lelaki yang sehala.


Mengikut kajian, Emeritus Professor of Psychiatry at Washington University School of Medicine in St. Louis, George E. Murphy, M.D., lelaki berfikir menggunakan hanya bahagian logik dan nyata tetapi wanita berfikir secara menyeluruh iaitu menimbangkan emosi termasuk keadaan sekeliling dan orang lain dan segala-galanya sebelum membuat satu-satu keputusan.


Oleh itu, lelaki cenderung untuk menjadi buntu dan terlepas pandang akan akibat perbuatannya.
Dan wanita yang terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan pula mampu menyebabkan masalah berlarutan.


Kerana itulah, Allah menjadikan lelaki dan wanita iaitu sebagai pelengkap masing-masing agar dapat berbuat keputusan sebaiknya.


Lelaki sejati, iaitu yang bijak dan matang akan memahami konsep ini dan tidak akan sekali-kali memandang rendah terhadap wanita kerana mereka memahami asal kejadian manusia. Inilah yang masyarakat kita perlu faham bahawa ‘lelaki sejati’ bukan terletak pada kesasaan tubuh fizikalnya kerana itu sudah nyata, tetapi yang lebih penting ialah pemikirannya.


Mana-mana lelaki yang merasakan dirinya terlalu hebat dan memandang rendah terhadap wanita adalah lelaki yang masih terkongkong dengan pemikiran jahiliah. Selalunya mereka terdiri dari lelaki yang rendah diri, yang takut jika kelemahan mereka dapat dilihat terutama oleh isteri sendiri.


Lelaki sejati tidak akan terancam hanya kerana menghormati atau membantu isteri kerana mereka yakin akan kedudukan mereka sebagai lelaki dan suami adalah tetap dan isteri akan tetap menghormati mereka. Ini kerana, wanita sebenarnya amat menyanjung, menghormati dan mengkagumi lelaki yang tahu menghormati mereka.


Oleh itu, Che Hasnah tidak perlu meratap penceraiannya. Alasan Yahaya bahawa penceraian tersebut adalah kerana Che Hasnah tidak menjaga hatinya apabila memakai baju merah sudah cukup untuk menunjukkan lelaki jenis apakah beliau.


Lebih-lebih lagi apabila beliau sanggup menuduh Che Hasnah sebagai sesat sedangkan yang sesat adalah dirinya kerana terlalu taksub dengan PAS sehingga menyangkakan PAS itu adalah agama.


Jelas, Yahaya adalah penganut PAS tipikal yang begitu keliru dan buntu kerana akalnya hanyalah sejengkal. Buktinya, beliau tidak mampu menjawab apakah kesesatan yang dilakukan oleh bekas isterinya dan di masa yang sama juga cuba menafikan yang penceraian itu adalah disebabkan fahaman politik.


Malanglah penganut PAS yang keliru ini, tetapi mungkin rahmat bagi Che Hasnah kerana Allah S.W.T telah mengeluarkan beliau dari belenggu kekeliruan dan kesesatan suami.

16 Aktiviti Kemasyarakat Dilancarkan Ahad Ini !!

Sebanyak 16 aktiviti kemasyarakatan akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sempena Pelancaran 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh Perdana Menteri pada 15 Julai ini bertempat di Esplanade KLCC.


Aktiviti yang membabitkan kira-kira 500 peserta termasuk sukarelawan dari pelbagai Kementerian, Agensi serta pertubuhan sukarela di samping penyertaan dari penduduk setempat seperti aktiviti gotong royong perdana, menderma darah, pemeriksaan kesihatan, membersihkan sungai, menanam pokok, membina jambatan, bersama anak-anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga usia emas, kitar semula dan [program amal di perkampungan Orang Asli di daerah Gombak.

Menurut sumber, sebanyak 16 lokasi terpilih untuk diadakan program-program ini dengan menjangkakan kira-kira 500 peserta bagi setiap lokasi termasuk penyertaan dari pendududk setempat.

Beberapa kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ( KPWM), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani , Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta disokong beberapa syarikat swasta untuk melaksanakan aktiviti masing-masing nengikut kecenderungan dan plihan mereka.

Selain itu, aktiviti ini adalah sebahagian dari usaha menyemarakkan gelombang kesukarelawanan di negara ini yang dikatakan kurang aktif sejak akhir-akhir. Melalui cara ini, setiap invidu dapat mengambi bahagian disamping memantapkan perpaduan.

Orang ramai juga dipelawa untuk menderma darah yang disediakan di Explanade KLCC bermula dari pagi 15 Julai untuk mengisi keperluan di Pusat Darah Negara.



Friday, 13 July 2012

Imam Mahadi Turun Dari Taman Medan

Sehingga ke saat ini, Parti Ajaran Syaitan (PAS) masih terus mendiam dan membisu berhubung pencerobohan militan ternakan mereka ke dalam Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM).



Mengapa PAS tidak bersuara langsung berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan dari beberapa blog dan termasuk blog saya yang menyatakan bahawa si arwah 'Imam Mahadi' mengamuk tempoh hari merupakan orang PAS berdasarkan kepada seruan si arwah bertakbir semasa menyerang Polis dengan pedang Samurai.

Baca sini tengok.

Jika menurut pecahan kod daerah mengundi si arwah merupakan pengundi di Taman Medan. Bukankah Taman Medan merupakan kubu yang boleh dikatakan agak kuat bagi PAS. Mengapa saya menegaskan demikian?

Cuba baca di sini, bagaimana penjelasan pengalaman YB Datuk Zulkifli Noordin tentang serangan fizikal yang diterima beliau di Taman Medan.



Memang sah lah Taman Medan merupakan lubuk bagi tongok-tongok PAS dan si arwah 'Imam Mahadi' juga merupakan penduduk yang berasal dari kawasan sana. Menarik bukan Imam Mahadi berasal dari Taman Medan.

Disebabkan Imam Mahadi berasal dari Taman Medan inilah juga punca kepada kebisuan PAS selama 2 3 hari ini. Mengapa PAS? Mengapa terus terdiam dan membisu??

Mungkin benar dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS telah melatih underground militan ala-ala Yakuza di Malaysia.

37,000 Sukarelawan Akan Berhimpun Di KLCC Ahad Ni !!

Kira-kira 37,000 sukarelawan dari pelbagai kementerian, agensi dan pertubuhan di jangka akan berhimpun di Esplanade Kuala Lumpur City Centre ( KLCC) bagi menyaksikan upacara Pelancaran
“ 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh Perdana Menteri pada 15 Julai ini.

Majlis anjuran bersama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjadi satu sejarah negara apabila sukarelawan dari pelbagai sektor berhimpun dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang diaturkan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Kelang.



Pada sebelah paginya, sukarelawan-sukarelawan itu akan dibahagikan kepada 16 kumpulan untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong royong perdana, derma darah, kempen pencegahan dadah, kempen cintai sungai kita, kempen membasmi denggi, khidmat kebajikan haiwan, membina jambatan, program bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak-anak yatim, pemeriksaan kesihatan, sumbangan barangan terpakai dan beberapa aktiviti lain yang membolehkan penyertaan penduduk setempat dengan anggota-anggota sukarelawan ini.

Penganjur menyediakan enam pentas hiburan di sekitar esplanade dengan pelbagai genre. Pentas yang bakal menjadi tumpuan ialah pentas satu yang menyajikan persembahan dari peserta-peserta Maharaja Lawak seperti kumpulan Jozan, Osbon, Shiro, Ebby Yus dan Kecik. Pentas selebriti menampilkan artis-artis tempatan seperti Stacy, Cystal, Adira, Hafiz. Pentas – pentas lain dengan persembahan tarian tradisonal, boria, street magic dan muzik hip hop.

Perdana Menteri dijangka akan menanam pokok sempena kempen Go Green sewaktu ketibaan sebelum singgah di gerai pameran dan bertemu dengan dua kumpulan sukarelawan. Kehadiran Perdana Menteri juga akan disambut oleh tarian Flashmoboleh lebih 3,000 sukarelawan.

Orang ramai dipelawa untuk bersama-sama menyaksikan majlis bersejarah ini disamping menyemarakkan usaha mewujudkan Gelombang Kesukarelawanan di kalangan rakyat Malaysia.

Thursday, 12 July 2012

Konvensyen Media Sosial Di KL !!!

Kepada Pemuda, Puteri Barisan Nasional dan juga NGO-NGO serta tidak kira tua atau muda yang  menyokong Barisan Nasional, tuan/puan dijemput untuk menghadiri Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan. Butiran seperti di bawah.

Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 7:30 Pagi - 2:00 Petang
Tempat :  Grandballroom, Hotel Regency, Jalan Raja Alang, KL

Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri semasa hari tersebut atau boleh mendaftarkan diri secara online dengan menyediakan butiran seperti di bawah.

Nama Penuh :
No Kad Pengenalan :
No Telefon :
Fb / Twitter / Blog :
Size Baju :

Emelkan kepada : daftarkms1m.wpkl@gmail.com

Hadiah bertuah menanti anda.