Friday 7 October 2011

Alhamdulillah


Setelah saya mendengar Bajet 2012 yg telah dibentangkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak sebentar tadi, saya berasa lega dan bersyukur dengan apa yg dilakukan pihak kerajaan.

Kebanyakkan perkara yg dibentangkan kali ini sangat baik untuk rakyat khususnya. Rakyat perlu bersyukur dengan imbuhan tambahan dan pemotongan pelbagai cukai serta pelaksanaan perkara yg baik untuk rakyat semua.

Pemansuhan yuran persekolahan dan pemberian elaun RM100 untuk setiap pelajar sekolah yang berada di darjah 1 sehingga ke tingkatan 5 sedikit sebanyak telah memberi sinar kepada ibu bapa yg mempunyai anak-anak yg masih bersekolah.

Kepada penjawat dan kakitangan awam, kalian semua beruntung. Maka wajiblah bekerja bersungguh-sungguh untuk menjana ekonomi negara. Bukan semua orang beruntung dan terpilih untuk bekerja di sektor awam tetapi inilah yang dinamakan rezeki.


Maka yg harus, wajib dan patut diingat adalah JANGAN LUPA MENGUNDI BARISAN NASIONAL kerana banyak pengorbanan dan jasa mereka terhadap anda.

P/s: Saya undi......... (undi adalah rahsia)

No comments:

Post a Comment