Sunday 15 July 2012

1 Malaysia For Youth Pemangkin Semangat Kesukarelaan Golongan Muda


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim dalam temubual selama 45 minit di Radio Nasional FM pagi ini memberikan penekanan terhadap semangat kesukarelaan yang perlu hadir dalam diri individu tidak kira usia, bangsa dan agama.

Semangat kesukarelaan ini perlu dipupuk dari kecil mulai dari peringkat sekolah dan didikan keluarga manakala generasi masa kini, sifat kesukarelaan perlu mengambil contoh daripada negara-negara maju seperti Jepun dan sebagainya.

Beliau turut berkata cara pemikiran yang betul terhadap konsep dan maksud sukarelawan yang sebenar menjadi aspek utama dalam perubahan satu individu di mana daripada sifat atau sikap yang hanya mengaitkan sukarelawan dengan bencana alam seperti banjir sahaja perlu dikembang lagi kepada skop seperti membantu rumah orang tua, menanam pokok, kebersihan terhadap sampah sarap dan macam-macam lagi.

Bercakap mengenai pelancaran 1M4U atau juga disebut ‘ I am for youth ’ yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 15 Julai nanti bertempat di Esplanade KLCC di sini menunjukkan bahawa beliau sentiasa mendahulukan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat di Malaysia.

Oleh itu, satu inisiatif telah daimbil bagi bagi memperkasakan pertubuhan sukarelawan oleh Unit Kerjasama Awam dan Swasata ( UKAS) Jabatan Perdana Menteri bagi menggerakkan dan mengurus perlaksanaan aktiviti-aktiviti dan idea yang berkonsepkan kesukarelaan atau volunteerism.

Menurut Dato’ Razali lagi, gelombang kesukarelaan di negara ini mempunyai masa depan yang cerah jika semua pihak mengambil tanggungjawab untuk membudayakan semangat itu secara serius. Katanya, tenaga untuk melakukan sesuatu kerja-kerja kemasyarakatan itu percuma tetapi untuk menyediakan perkakasan atau peralatan itu memerlukan sedikit perbelanjaan. Budaya upah atau ganjaran perlu dielakkan bagi memelihara semangat kesukarelaan itu dari terus terhakis dan kian dilupakan.

Beliau juga mengajak golongan muda serta orang ramai yang tinggal di kesemua 16 lokasi yang terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan di kawasan mereka agar turut mengambil bahagian yang aktif supaya setiap aktiviti yang diadakan meninggalkan impak yang mendalam kepada penduduk setempat.

No comments:

Post a Comment