Monday, 9 July 2012

Biarlah Pembangkang Mengata Saya - Rosmah Mansor

Tindakan Pembangkang yang gemar memburukkan Pemimpin BN termasuklah dari kalangan isteri Pimpinan parti komponen tersebut sudah menjadi lumrah demi menawan Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.


Penaung PERMATA Negara, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor menjelaskan, tindakan tersebut sedikitpun tidak mencacatkan usaha beliau dalam memastikan program murni yang beliau terajui itu memberi khidmat kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.

"Sekarang ini nak minta Bajet lebih sikit dari Kerajaan (untuk buka Pusat Anak PERMATA Negara) pun, Kerajaan kata tak boleh. Minta sahaja dekat Parlimen, 'orang belah sana' kata Itu Rosmah punyalah tu", katanya dalam Ucapan Perasmian Pusat Anak PERMATA Negara kawasan Kerinchi di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan rasa kesal kerana Program PERMATA adalah sangat murni dalam mendidik anak-anak kecil dengan pelbagai pendedahan menerusi modul-modul yang diterapkan.

Sambil tidak mengendahkan pandangan Pembangkang, isteri Perdana Menteri itu berharap agar program PERMATA dapat memberi sokongan penuh dari kesemua masyarakat di Negara ini.

Turut hadir pada Majlis tersebut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan isteri.

Majlis Perasmian yang dihadiri hampir 2 ribu masyarakat tempatan turut diserikan dengan persembahan dari kanak-kanak didikan Pusat Asuhan tersebut.

No comments:

Post a Comment